Jumat, 02 Mei 2014

Penyakit Kardiovaskular Penyebab Utama Kematian

Penyakit Kardiovaskular Penyebab Utama Kematian
Berikut uraian dari pembahasan judul di atas.

Penyakit Kardiovaskular iaitu penyakit jantung dan strok adalah penyebab utama kematian di hospital-hospital kerajaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.

 

Menurut beliau, pada tahun lalu sebanyak 25.4 peratus atau 11,812 kematian diakibatkan penyakit kardiovaskular dan penyakit itu juga merupakan penyebab utama kematian pra-matang di hospital kerajaan.

 

“Kira-kira 35 peratus dari kematian akibat penyakit kardiovaskular berlaku di kalangan individu berusia kurang dari 60 tahun.

“Selain impak yang negatif terhadap kualiti hidup penyakit kardiovaskular menambahkan beban ekonomi individu, keluarga dan masyarakat, serta mengurangkan produktiviti negara,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Hasan berkata, secara keseluruhan lebih dari 90 peratus pesakit dengan penyakit jantung di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko penyakit kardiovaskular yang utama iaitu tabiat merokok, menghidap hipertensi, berlebihan berat badan atau obes."

Katanya, faktor risiko lain adalah tahap kolesterol yang tinggi, gaya hidup yang sedentari atau tidak aktif atau menghidap diabetes.

 

Justeru, katanya, selaras dengan tema Hari Jantung Sedunia iaitu kesihatan jantung bermula di rumah orang ramai diminta mengamalkan beberapa amalan gaya hidup yang sihat di rumah bagi mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

 

Menurutnya, tujuh langkah yang boleh dilakukan bagi menjamin jantung yang sihat adalah dengan menjadikan rumah sebagai kawasan larangan merokok dan merancang aktiviti fizikal atau senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari

Katanya, langkah lain adalah dengan mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan gula, ambil tahu tahap BMI kekalkan berat badan yang unggul, menjalani ujian saringan faktor risiko NCD setiap tahun, tangani stres dan hidup tanpa alkohol. 




Penulis: Mohamad Zaini Mohamed Said
---
/notes/mohamad-zaini-mohamed-said/penyakit-kardiovaskular-penyebab-utama-kematian/178660812267210

Tidak ada komentar:

Posting Komentar